Sunday, January 26, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gisele Bundchen pohon kemaafan

    SUPERMODEL terkenal Gisele Bundchen (gambar) memohon maaf secara terbuka selepas mengeluarkan kenyataan berhubung model generasi baharu menghadapi tekanan kerana terpaksa mempromosikan diri mereka di Instagram.

    Hollywood Reporter melaporkan Gisele membuat kenyataan itu dalam temu bual bersama majalah Vogue edisi Julai.

    “Saya minta maaf kerana kenyataan saya itu telah disalah erti. Niat saya hanya ingin memberitahu saya model generasi sebelum kedatangan media sosial seperti mana hari ini.

    “Saya kagum dengan bakat baru yang mampu menangani semua tekanan dan saya juga sedang belajar mengenainya,” tulisnya di Twitter.

    Menerusi temu bual itu, Gisele mendedahkan adiknya membuka akaun Instagram untuknya namun merasakan ia bukan satu keperluan untuknya memuat naik gambarnya di laman sosial itu seperti mana dilakukan oleh generasi baharu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda