GITEX 2021 tampilkan teknologi AI, 5G China

DUBAI, 21 OKT – Hasil inovasi terkini China membabitkan teknologi kecerdasan buatan (AI), 5G, robot dan data raya berjaya mencuri tumpuan pengunjung Pameran Teknologi Maklumat Teluk (GITEX) 2021 yang membuka tirainya pada Ahad.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pengaplikasian teknologi 5G bukan sahaja menjana perkembangan pesat jualan melalui penstriman langsung di Asia Barat, tetapi juga menawarkan penyelesaian transformasi

digital untuk industri penting tempatan termasuk minyak dan gas serta pelabuhan.

“Tahun ini, kami membawa penyelesaian terkini berhubung teknologi awan, 5G, AI dan tenaga digital untuk dipertontonkan kepada pelanggan dari seluruh dunia.

“Ia diyakini akan membantu negara-negara berkenaan merealisasikan transformasi digital,” kata wakil sebuah syarikat pempamer dari China, Liu Jiawei.

Dijadual berlangsung selama lima hari, GITEX 2021 menarik penyertaan 3,000 perusahaan dari lebih 60 negara. – Bernama