Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Glasgow anjur Piala Billie Jean King November ini

    LONDON, 7 JUN – Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) mengumumkan akan mengadakan Piala Billie Jean King di Glasgow, Scotland di gelanggang Arena Emiriah pada 8 hingga 13 November tahun ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh persekutuan tersebut, kelmarin.

    Britain, sebagai negara tuan rumah, disertai oleh Australia, Belgium, Kanada, Republik Czech, Itali, Kazakhstan, Poland, Sepanyol, Slovakia, Switzerland dan Amerika Syarikat (AS) dalam kejohanan tersebut.

    Sebanyak 12 pasukan akan dibahagikan kepada empat kumpulan, setiap pemenang dalam kumpulan tersebut akan mara ke perlawanan separuh akhir nanti.

    Presiden ITF, David Haggerty berkata bahawa Persatuan Tenis Britain mengemukakan bidaan menarik sebagai sebahagian daripada anjuran kompetitif tersebut.

    “Mereka telah berjaya menganjurkan Piala Davis di Glasgow,” kata Haggerty, “dan kami menantikan anjuran Piala Dunia Tenis Wanita yang akan diadakan di hadapan penyokong tenis.” – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...