Saturday, December 7, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    GLC sabah disaran agih keuntungan kepada rakyat menerusi CSR

    SANDAKAN, 2 – Syarikat milik kerajaan negeri (GLC) Sabah dan agensi kerajaan negeri yang memiliki perniagaan maju dan mendapat  keuntungan disaran turut mengagihkan keuntungan tersebut kepada rakyat menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

    Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman yang menyarankan perkara itu berkata inisiatif murni itu dapat membantu menyejahterakan kehidupan rakyat yang kurang berkemampuan.

    “Ini caranya, dan hari ini dan semalam koperasi-koperasi pembangunan  desa melaksanakan CSR dengan menyumbangkan kira-kira 1,000 beg kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan Parlimen Libaran,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan program pemimpin bersama rakyat di Dewan kampung Padas di sini, hari ini.

    Pada program itu, 300 pelajar daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Padas dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Libaran menerima sumbangan kelengkapan sekolah seperti beg, alat tulis serta buku yang disampaikan Musa.

    Sumbangan berupa  wang tunai turut disampaikan kepada 20 warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di majlis itu. – Bernama

    Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman (kiri) bertanya sesuatu kepada warga emas Mangil Usin, 78, ketika menyampaikan sumbangan khas warga emas sempena majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Kampung Padas hari ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda