Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    GlobalWafers tingkat pengeluaran wafer silikon

    TAIPEI, TAIWAN, 7 FEB – GlobalWafers Co., yang membekal wafer silikon kepada pengeluar semikonduktor, berkata ia akan melabur AS$3.6 bilion dalam kilang di Asia, Amerika Syarikat dan Eropah selepas usahanya untuk memperoleh firma Jerman Siltronic AG menemui kegagalan.

    Pengumuman semalam keluar di tengah kekurangan cip pemproses dan semikonduktor lain yang menjejas pengeluaran kereta, telefon pintar dan industri lain.

    Pengeluar mengumumkan rancangan untuk menambah pengeluaran, yang sekali gus akan merangsang permintaan terhadap wafer silikon.

    Usaha GlobalWafers untuk membeli Siltronic menemui kegagalan selepas badan pengawal selia Jerman gagal melengkapkan kajian semula tawaran menjelang tarikh akhir pada 31 Januari. Syarikat Taiwan itu berkata AS$3.6 bilion yang diperuntukkan untuk pembelian sebaliknya akan disalurkan kepada pengembangan kapasiti pengeluaran.

    Syarikat itu, beribu pejabat di Hsinchu, Taiwan, berkata pengeluaran harus meningkat pada separuh tahun kedua 2023 tetapi tidak memberikan butir-butir mengenai lokasi. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...