GM bakal buka pusat teknologi perlumbaan

DETROIT, 24 JAN – General Motors (GM) merancang untuk membuka pusat teknikal baharu untuk prestasi dan perlumbaan kereta berdekatan Charlotte Motor Speedway di utara Carolina.

Syarikat itu berkata pusat berkeluasan 75,000 kaki persegi akan dibuka menjelang pertengahan tahun 2020 di luar Interstate 85 di Concord.

GM berkata ia masih memuktamadkan rancangan jumlah orang yang akan bekerja di sana. Tetapi ia akan mencampurkan pekerja-pekerja yang berpindah dari kawasan Detroit dan pekerja baharu di utara Carolina.

Menurut kenyataan dike-luarkan syarikat itu kelmarin, pusat itu akan menjadi lebih dekat dengan rakan kongsi pasukan lumba Chevrolet dan Cadillac dan pembekal bahagian kereta.

Di samping, ia akan mencungkil asas bakat yang semakin meningkat di kawasan Charlotte, menurut GM.

Pusat ini akan memfokuskan kepada peralihan pengetahuan perlumbaan kereta kepada kejuruteraan untuk kenderaan yang dijual kepada orang ramai.

GM berkata pengetahuan mengenai Dinamik bendalir, ujian model skala dan beberapa ujian terowong angin bermula dengan perlumbaan dan sekarang digunakan dalam pembangunan kenderaan arus perdana. – AP

Gambar fail pada 29 September 2019, menunjukkan kereta melintasi Turn 4 untuk memulakan perlumbaan kereta Siri Piala NASCAR di Charlotte Motor Speedway di Concord, utara Carolina. – AP