Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    GM bakal nikmati keuntungan kenderaan elektrik

    DETROIT, 2 Mei – Syarikat gergasi kereta AS General Motors dijangka menjadi pengeluar pertama yang mencatat keuntungan daripada kenderaan elektrik, ramal seorang eksekutif GM semalam.

    Syarikat itu memimpin dalam mengurangkan kos kenderaan elektrik dan menawarkan versi yang mampu, kata Mark Reuss, naib presiden eksekutif GM untuk pembangunan produk.

    Jurutera telah berusaha untuk mengurangkan jisim dan mempertingkat kecekapan bateri memandangkan ia tidak memerlukan kuasa yang banyak untuk memindahkan kenderaan yang lebih ringan, kata beliau.

    “Itulah mantra di dalam pembangunan produk. Ia adalah apa yang sedang diusahakan oleh kesemua jurutera kami,” beritahu Reuss kepada wartawan.

    Dan tatkala GM menambah pengeluaran kenderaan elektrik, terutamanya di China, di mana GM mempunyai rancangan untuk memperkenalkan 10 model elektrik berlainan menjelang tahun 2020, ia akan membantu mengurangkan kos sel bateri.

    “Kami tahu pelanggan ingin memandu kenderaan elektrik tetapi tidak rela membayar, dan itulah sebabnya kami akan menjadi syarikat pertama yang menjual kenderaan elektrik yang mampu dibeli oleh orang dengan keuntungan,” kata Reuss.

    GM tidak lama lagi akan memperkenalkan kenderaan elektrik berdasarkan sedan mewah Cadillac CT6, dan Buick melanjutkan kenderaan elektrik yang sama dengan Chevrolet Volt.

    Pengeluar kereta lain seperti BMW, Mercedes-Benz, PSA, Volkswagen, Ford dan Tesla berjanji akan mengeluarkan kenderaan elektrik tambahan, termasuk Model 3 Tesla yang dijangka keluar pada Julai yang mensasarkan pasaran kelas pertengahan.

    Kenderaan elektrik GM juga akan berfungsi sebagai platform dalam usaha syarikat untuk melancarkan kenderaan automatik, kata Reuss. GM telah pun memulakan ujian pandu sendiri di Detroit, Phoenix dan San Francisco. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda