GM tarik balik 7 juta kenderaan Takata

DETROIT, 24 NOV – General Motors akan menarik semula kira-kira 7 juta trak pikap besar dan SUV Takata di seluruh dunia untuk menggantikan inflator beg udara yang berpotensi membahayakan keselamatan pengguna.

Pengumuman itu dibuat kelmarin selepas kerajaan Amerika Syarikat (AS) memberitahu syarikat pembuat kenderaan itu harus menarik balik sekitar 6 juta kenderaan di dalam negeri.

GM mengatakan ia tidak akan menolak keputusan itu, walaupun yakin kenderaannya selamat. Syarikat itu akan memperuntukkan kira-kira AS$1.2 bilion, kira-kira satu pertiga daripada pendapatan bersihnya tahun ini untuk tujuan itu.

Pembuat kenderaan itu telah mengemukakan petisyen kepada agensi berkenaan sebanyak empat kali sejak 2016 untuk mengelakkan penarikan, dengan alasan inflator beg udaranya diuji selamat di jalan raya.

Tetapi Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh raya Kebangsaan kelmarin menolak petisyen tersebut, dengan mengatakan bahawa pengguna masih berdepan dengan risiko beg udara meletup.

Pemilik mengadu kepada NHTSA bahawa syarikat itu mengaut keuntungan tanpa menitikberatkan aspek keselamatan.

Inflator beg udara Takata meletup menyebabkan penarikan automatik siri terbesar dalam sejarah AS, dengan sekurang-kurangnya 63 juta kenderaan ditarik semula. – AP