Tuesday, December 5, 2023
23.1 C
Brunei

    -

    GM tarik balik 73,000 Chevrolet Bolt EV

    NEW YORK, 22 OGOS – General Motors (GM) melanjutkan penarikan balik kenderaan Chevrolet Bolt baru-baru ini, mengumumkan rancangan untuk membaiki ribuan kereta elektrik dalam tindakan yang akan menambah AS$1 bilion dalam kos.

    Penarikan balik akan menyelesaikan dua kerosakan pengeluaran yang timbul dalam sel bateri elektrik, yang boleh mencetuskan kebakaran dalam ‘keadaan luar biasa,’ kata GM dalam kenyataan akhbar. Tindakan terbaharu itu menambah kepada AS$812 juta dalam kos yang berkaitan dengan penarikan balik kenderaan Bolt sebelum ini.

    GM berkata ia akan mendapatkan bayaran balik daripada pembekal LG. Pengeluar kereta itu “menemui kerosakan pengeluaran dalam sel bateri tertentu yang dihasilkan di kilang pengeluaran LG di luar kilang Ochang, Korea,” kata GM.

    “GM dan LG sedang berusaha untuk mengatasi punca kerosakan. Buat sementara waktu, GM berusaha mendapatkan komitmen daripada LG untuk bayaran balik tindakan yang dilancarkan.”

    GM sedang menarik balik kenderaan Bolt tambahan dari 2019 serta kenderaan model tahun 2020-2022 selepas pengumuman pada 23 Julai merangkumi kenderaan dari tempoh 2017-2019.

    Penarikan balik terbaharu menjejas kira-kira 73,000 kereta di Amerika Syarikat dan Kanada, lebih daripada 69,000 yang terbabit dalam penarikan balik awal.

    “Tumpuan kami adalah pada keselamatan dan melakukan perkara yang betul untuk pelanggan kami di GM,” kata Doug Parks, naib presiden eksekutif GM.

    “Sebagai pemimpin dalam peralihan kepada masa depan kenderaan elektrik, kami sedar membina dan mengekalkan kepercayaan adalah penting.” – AFP

    Gambar fail menunjukkan Chevrolet Bolt EV dipamerkan pada Pameran Kereta Antarabangsa Pittsburg di Pittsburg. GM akan menarik balik kenderaan elektrik Chevrolet Bolt untuk mengatasi masalah bateri yang mungkin mencetuskan kebakaran. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Hujan lebat landa selatan India

    INDIA, 4 DIS – Hujan lebat melanda bandar Chennai di selatan India hari ini dan dijangka akan berlaku ribut. Ribut Michaung dijangka melanda pantai...