Saturday, January 18, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    GM tarik balik 950 kereta pandu sendiri

    WASHINGTON, 9 NOV – Cruise, syarikat kenderaan pandu sendiri milik General Motors (GM), menarik balik 950 kereta pandu sendiri di seluruh Amerika Syarikat (AS) berikutan insiden kemalangan membabitkan seorang pejalan kaki di San Francisco bulan lepas, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Kenderaan itu ditarik balik kerana perisian subsistem pengesanan perlanggaran Sistem Pemanduan Automatiknya mungkin silap dalam tindak balasnya selepas kemalangan, menurut notis yang diumumkan oleh Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA).

    Keputusan itu dibuat berikutan kemalangan pada 2 Oktober apabila seorang pejalan kaki yang dilanggar oleh sebuah kereta berpemandu tercampak ke laluan robotaxi Cruise.

    Menurut NHTSA, robotaxi Cruise membrek dan cuba berhenti di tepi jalan tetapi mengheret mangsa sejauh kira-kira enam meter.

    GM mengeluarkan pebelanjaan yang besar ke atas teknologi tanpa pemandu itu.

    Pada Jun, Ketua eksekutif GM, Mary Barra berkata Cruise diunjur mampu menjana pendapatan sebanyak AS$50 bilion menjelang 2030. – Bernama

    Logo General Motors dipaparkan di luar kilang General Motors Detroit-Hamtramck Assembly pada 27 Januari 2020 di Hamtramck, Michigan. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda