Gmail, Drive alami gangguan

SAN FRANCISCO, 20 OGOS – Perkhidmatan popular Google termasuk Gmail dan Drive tidak dapat digunakan oleh ramai penggunanya di seluruh dunia pada hari ini, dengan syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS) itu memberitahu individu yang terjejas bahawa pihaknya ‘menyedari tentang gangguan perkhidmatan tersebut.’

Pelanggan di negara termasuk Australia, Jepun, Perancis dan Amerika Syarikat mengadu secara dalam talian tentang perkhidmatan yang terjejas itu.

Sementara itu, laman web DownDetector melaporkan perkhidmatan Google tidak dapat digunakan di semua benua.

Dalam responsnya terhadap pertanyaan AFP, Google berkata orang ramai boleh merujuk kepada G Suite Dashboard untuk mendapatkan status terkini. – AFP