Gnabry bantu Jerman belasah Armenia

STUTTGART, JERMAN, 6 SEPT – Serge Gnabry (gambar-depan) meledakkan dua gol ketika Jerman membelasah Armenia 6-0 di Stuttgart semalam untuk membolehkan mereka merampas kedudukan teratas kumpulan dalam aksi kelayakan Piala Dunia.

Gnabry diberikan tepukan gemuruh apabila meledakkan gol di awal perlawanan sebelum Marco Reus dan Timo Werner turut menjaringkaan gol pada separuh masa pertama untuk membolehkan Jerman mendahului 4-0 pada separuh masa pertama.

Jonas Hofmann meledakkan gol kelima dan kemudiannya membantu Karim Adeyemi pemain yang berusia 19 tahun menjaring gol seterusnya bagi penampilan pertamanya.

Kali terakhir Jerman tewas adalah lebih setahun yang lalu dan kini mempunyai kelebihan dua mata dalam Kumpulan J.

“Kami menguasai lebih awal dengan perlawanan berada dalam penguasaan kami.

“Kami beraksi dengan baik di hadapan gol dan dapat menjaring lebih banyak lagi.

“Kami akan membawa kejayaan ini bersama kami ke Iceland untuk cuba meraih mata di sana,” katanya yang bersedia untuk berdepan aksi kelayakan seterusnya di Reykjavik.

Dalam perlawanan keduanya bersama pasukan, ketua jurulatih Jerman, Hansi Flick membuat enam perubahan daripada pemain yang memulakan perlawanan ketika menang 2-0 mengatasi pasukan kerdil, Liechtenstein Khamis lalu namun kali ini ia adalah persembahan dengan tahap berbeza. – AFP