Gnabry ‘tiup’ khabar angin Sane

BERLIN, 11 JUN – Pemain sayap Bayern Munich, Serge Gnabry berkata bahawa  dia pasti ‘teruja’ melihat rakan sepasukan Jerman dan bintang Manchester City, Leroy Sane menyertainya di Allianz Arena.

“Saya pasti teruja jika dia berada di Bayern.

“Saya seronok bermain di sisinya dan kehadirannya pasti meningkatkan tahap permainan pasukan kami,” kata Gnabry, 23, kepada para wartawan menjelang kelayakan Euro 2020 antara Jerman dan Estonia.

Sane, 23, yang kerap dikaitkan dengan perpindahan ke Bayern dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dilaporkan kecewa dengan kurang masa beraksi di bawah kendalian Pep Guardiola di City.

Gnabry, yang menghasilkan gandingan hebat bersama Sane dalam pasukan kebangsaan tahun ini, berkata dia ada bercakap dengan Sane mengenai khabar-khabar angin itu. – AFP

Serge Gnabry menghadiri sidang media menjelang perlawanan kelayakan Euro antara Jerman dan Estonia pada 10 Jun 2019. – AFP