Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Go By City Energy Singapura perluaskan kemudahan pengecasan

    SINGAPURA, 19 APRIL – Go by City Energy (Go) akan menjadi penyedia perkhidmatan pengecasan kenderaan elektrik (EV) pertama yang menawarkan operasi di seluruh Singapura dan Malaysia melalui aplikasi mudah alih mulai hari ini.

    Go, yang dimiliki oleh penyedia saluran gas bandar tunggal Singapura, City Energy, hari ini telah menandatangani perjanjian dengan EV Connection Sdn Bhd bagi memperluaskan sambungan ke Malaysia.

    “Go akan menjadi perkhidmatan pertama di Singapura yang mengembangkan keupayaan pengecasan EV ke Malaysia, menyediakan fasiliti tambahan kepada pemandu di kedua-dua belah tambak serta sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif City Energy, Perry Ong dalam satu kenyataan.

    “Kami yakin kedua-dua pengguna dan pemaju hartanah akan memanfaatkan nilai yang kami tawarkan untuk kehidupan yang lebih mesra alam serta pintar,” kata Ong.

    Menurut City Energy, EV Connection adalah salah satu perintis dalam penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik di Malaysia dan pengedar stesen pengecasan EV yang sah, yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga, CIDB, Tenaga Nasional Bhd dan MyHijau. 

    Dengan usaha sama ini, pemandu Go boleh mengakses rangkaian titik pengecasan EV Connection di Malaysia mulai 19 April 2022, katanya.

    “EV Connection berusaha bagi menyediakan penyelesaian praktikal untuk menerajui industri hijau di Malaysia,” kata Pengasas EV Connection dan Pengarah Urusan JomCharge, Lee Yuen How. 

    “Kerjasama strategik dengan Go by City Energy ini membolehkan pemandu EV Singapura dan Malaysia memperluaskan jarak perjalanan mereka di kedua-dua negara untuk sambungan serta kemudahan maksimum,” kata Lee.

    City Energy pertama kali mengumumkan rancangan bagi menawarkan penyelesaian pengecasan EV sebagai perkhidmatan apabila ia mengumumkan penjenamaan semula City Gas pada 1 Dis 2021. – Bernama

    Go by City Energy (Go) akan menjadi penyedia perkhidmatan pengecasan kenderaan elektrik (EV) pertama yang menawarkan operasi di seluruh Singapura dan Malaysia melalui aplikasi mudah alih.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...