GoDaddy buat permohonan maaf kepada pekerja

WASHINGTON, 25 DIS – Syarikat web Amerika Syarikat, GoDaddy, mengeluarkan permohonan maaf kelmarin selepas e-mel yang menjanjikan pekerjanya bonus semasa Krismas yang sebenarnya adalah ujian keselamatan komputer.

“GoDaddy sangat mengambil serius mengenai keselamatan platform kami. Kami faham sebilangan pekerja kecewa dengan ujian itu dan merasakan ia tidak sensitif, oleh itu kami ingin memohon maaf,” kata jurucakap GoDaddy, syarikat pengurusan domain Internet terbesar di dunia, memberitahu AFP dalam kenyataan.

“Ketika ujian tersebut cuba meniru cubaan berdasarkan kejadian sebenar, kami perlu melakukan lebih baik dan lebih sensitif mengenai pekerja kami,” tambah syarikat yang berpangkalan di Arizona itu.

Pada Disember, kira-kira 500 orang pekerja menerima e-mel dari syarikat yang menawarkan bonus sempena Krismas sebanyak AS$650 dan meminta mereka mengisi borang dengan keterangan peribadi mereka.

“Anda telah gagal dalam ujian keselamatan kami baru-baru ini,” kata ketua keselamatan GoDaddy. – AFP