Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Goggia semakin pulih untuk sertai Olimpik

    MILAN, 31 JAN – Dengan Sukan Olimpik Beijing semakin dekat, proses pemulihan Sofia Goggia berada di landasan yang betul tetapi pemain Itali itu mungkin perlu menunggu sehingga akhir minggu untuk mengetahui sama ada dia akan dapat mempertahankan gelarannya.

    Persekutuan ski Itali berkata bahawa pemeriksaan kelmarin menunjukkan tanda-tanda perkembangan pada lutut kiri Goggia, seminggu selepas Goggia terhempas semasa Super-G Piala Dunia di Cortina d’Ampezzo.

    Pihak persekutuan menambah bahawa Goggia boleh perkembangkan pemulihannya di kolam renang dan gim, sambil meneruskan pemulihan fizikal ketiak dia berusaha untuk kembali bersedia pada masanya untuk downhill di Sukan Olimpik Beijing pada 15 Februari nanti.

    “Banyak perkara yang sedang berkembang seperti yang kami harapkan,” kata Goggia. “Apa yang boleh saya lakukan ialah terus bekerja dengan cara ini dan pada penghujung minggu depan kami akan menilai keadaan ini semula.”

    Goggia yang berusia 29 tahun terseliuh lutut kirinya, sebahagiannya koyak pada ligamen dan mempunyai keretakan kecil pada tulang fibula di kakinya, dan juga beberapa kecederaan pada tendon.

    Goggia berkemungkinan akan terlepas Olimpik utama pada 7 Februari dan Super-G pada 11 Februari. Dia perlu menyertai sekurang-kurangnya latihan downhill pada 12, 13 atau 14 untuk bertanding dalam downhill tetapi sebaiknya ketiga-tiganya dalam mengikuti haluan baharu yang tidak pernah dilaluinya sebelum ini.

    Dia juga terpaksa diganti oleh atlet pingat emas sukan luncur salji, Michela Moioli sebagai wakil Itali untuk acara pembukaan pada 4 Februari. – AP

    Reaksi Sofia Goggia semasa meraikan kemenangan ski alpine, Piala Dunia wanita downhill, di Cortina d’Ampezzo, Itali, 22 Januari lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...