Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gol Balotelli julang Nice

    PARIS, 18 Sept – Satu rembatan kencang Mario Balotelli ketika perlawanan berbaki 10 minit telah memberikan Nice kemenangan 1-0 di Rennes semalam.

    Balotelli meldakkan gol keempatnya dalam tiga perlawanan sejak terlepas aksi awal musim, sekali gus menyaksikan skuad Lucien Favre terus mendaki ke tangga kelapan.

    “Ia mungkin berakhir dengan seri,” kata Favre, yang menyaksikan pasukannya menewaskan Monaco 4-0 minggu lepas dan menerajui Nice ke tangga ketiga dalam Ligue 1 musim lalu.

    “Memandangkan ia adalah perlawanan ketiga dalam seminggu, ini lebih memuaskan hati,” katanya.

    Bagi pemain antarabangsa Itali itu, ia adalah gol liga ke-18 dalam 26 perlawanan untuk Nice, yang menewaskan Zulte Waregem 5-1 dalam perlawanan di laman luar Liga Europa baru-baru ini, di mana bekas penyerang AC Milan dan Manchester City itu menjaringkan dua gol.

    Terdahulu, Marseille juga bangkit dari saingan awal musim yang hambar apabila dua gol Clinton Njie memberikan pasukan itu kemenangan 2-0 di Amiens.

    Di bawah pemilikan baru, skuad Rudi Garcia telah dibelasah 6-1 di Monaco dua minggu lalu susulan kekalahan memalukan 3-1 di gelanggang sendiri kepada Rennes.

    Tetapi pertembungan dengan Amiens telah membantu Marsille kembali dalam laluan impian mereka bagi bola sepak Liga Juara-Juara apabila hantaran lintang terbias terkena Njie dan melantun ke dalam gawang lawan.

    Pemain berusia 24 tahun itu kemudian menggandakan kelebihan pasukannya dua minit kemudian selepas melepasi kawalan penjaga gol pada minit ke-55. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda