Wednesday, October 16, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gol Fabregas, Morata bantu Chelsea benam Everton

    LONDON, 28 Ogos – Chelsea menaikkan semangat Antonio Conte menjelang hari-hari terakhir jendela perpindahan menerusi gol-gol Cesc Fabregas dan Alvaro Morata yang memastikan kemenangan selesa 2-0 ke atas Everton semalam.

    Conte telah menghabiskan beberapa minggu kebelakangan ini merungut mengenai kegagalan Chelsea mendapatkan sasaran perpindahan utamanya, dan dengan jendela perpindahan berakhir minggu ini, bos Blues berharap dapat menguatkan lagi skuadnya dengan beberapa penandatanganan.

    Dengan latar belakang bermasalah itu, ia adalah penting untuk Chelsea memperoleh kemenangan sebelum rehat antarabangsa untuk terus mengejar pendahulu Liga Perdana, Manchester United.

    Juara itu mencapai matlamatnya dengan selesa menerusi jaringan Fabregas di separuh masa pertama di Stamford Brigde sebelum Morata menjaringkan gol keduanya sejak rekod perpindahan kelab 58 juta pound dari Real Madrid.

    Bintang baru Chelsea, Alvaro Morata (tengah) ketika menanduk masuk gol kedua pasukannya menewaskan penjaga gol Everton dalam aksi Liga Perdana di Stamford Bridge. – AP

    Skuad Conte kini telah memenangi dua perlawanan berturut-turut selepas kekalahan mengejut mereka dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana menentang Burnley.

    Meskipun Morata menjaringkan gol lagi, penyerang Sepanyol itu jelas kelihatan seperti pemain yang berbeza dan Conte sedar harapan Chelsea untuk merangkul lebih banyak trofi bergantung padanya bagi menangani musim sukar ini.

    Kekalahan pertama Everton dalam liga musim ini agak mengecewakan setelah minggu positif skuad Ronald Koeman selepas mereka seri di Manchester City dan layak ke peringkat kumpulan Liga Europa. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda