Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Gol Kimmich selamatkan Jerman

    BOLOGNA, ITALI, 5 JUN – Jerman memerlukan gol penyamaan daripada Joshua Kimmich ketika mereka mengejar perlawanan untuk mencatat keputusan seri 1-1 menentang Itali di Liga Negara-negara UEFA di Bologna, kelmarin.

    Kapten pasukan Roma, Lorenzo Pellergrini meletakkan juara Eropah di hadapan 20 minit sebelum tamat perlawanan di Stadium Renato Dall’Ara namun rembatan Kimmich berjaya mengikat kedudukan tidak lama kemudian.

    Keputusan seri dalam Liga A, Kumpulan 3 dicatat selepas England mengalami kekalahan mengejut 1-0 di tangan Hungary di gelanggang lawan kelmarin.

    Jerman akan bertemu England di Munich pada Selasa nanti sementara Itali – yang cuba meneruskan saingan berikutan kegagalan mereka untuk mara ke Piala Dunia – akan melayani kunjungan Hungary sebelum membuat perjalanan bertemu pasukan Gareth Southgate di Wolverhampton minggu hadapan.

    Pasukan Roberto Mancini sudah berada di England sejak Rabu, tewas 3-0 ke atas Argentina di Wembley dalam kejuaraan Finalissima sulung mereka, perlawanan tersebut adalah pertembungan antara juara Eropah dan juara Copa America. Mancini melakukan 10 pertukaran dalam perlawanan tersebut, dengan penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma menjadi satu-satunya pemain yang dikekalkan dalam kesebelasan utama mereka.

    Sementara itu, Davide Frattesi adalah antara pemain yang diserapkan semasa perlawanan tersebut dan sekali gus memberikan penampilan sulung buat pemain tengah Sassuolo berusia 22 tahun itu.

    Namun rakan pasukannya, Gianluca Scamacca, yang diturunkan dari bangku simpanan ketika menentang Argentina, hampir menjaringkan gol pembukaan pada separuh masa pertama menentang Jerman selepas percubaan rendahnya pada 10 minit sebelum separuh masa sekadar singgah di tiang gol.

    Sementara itu, Wilfried Gnonto, 18, dimasukkan pada minit ke-65 menggantikan Matteo Politano dan lima minit kemudian, dia telah membuat hantaran kepada Pellergrini untuk melakukan penyudah melalui sentuhan pertama.

    Gnonto meninggalkan Inter Milan tahun lalu dan menyertai Zurich FC di mana dia telah menjaringkan lapan gol sekali gus memenangi kejuaraan Swiss pada musim ini. – AFP

    Aksi Gianluca Scamacca mencabar pertahanan Thilo Kehrer dalam perlawanan Liga Negara-negara UEFA antara Itali dan Jerman di Stadium Renato Dall’Ara, Bologna. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...