Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gol lewat gembirakan Lampard

    LONDON, 5 Ogos – Bekas pemain Chelsea dan bintang England, Frank Lampard menikmati permulaan kerjaya kejurulatihannya dengan kemenangan, apabila Derby County bangkit dengan kemenangan 2-1 di Reading dengan jaringan lewat. Tom Lawrence menanduk masuk gol kemenangan di minit keempat masa kecederaan apabila menerima hantaran lintang Mason Bennett ketika perlawanan, pembukaan musim baharu Championship, menghampiri keputusan seri. Tandukannya itu telah mencetuskan keraian besar di Stadium Madejski.

    “Kami perlu menikmati detik ini. Pasukan menunjukkan watak luar biasa,” kata Lampard, 40. “Kami hambar di separuh masa pertama. Separuh masa kedua kami menunjukkan sedikit watak. Mason Bennett memasuki perlawanan dan kemudian menghasilkan satu hantaran lintang yang disudahi oleh tandukan Tom. Detik yang hebat.

    “Saya bersimpati pada Reading kerana pasti mereka tidak layak tewas, tetapi kami mencipta tuah kami sendiri.”

    Reading, yang berjaya mengelakkan penyingkiran musim lepas, mendapat gol awal pada minit ke-52 apabila Mo Barrow menyudahkan hantaran lintang Jon Dadi Bodvarsson. Derby menyamakan kedudukan ketika perlawanan memasuki sejam apabila Mason Mount, dipinjam dari Chelsea, melepaskan ledakan jarak jauh meskipun penjaga gol Reading Vito Mannone dianggap cuai, membolehkan bola terlepas daripada genggamannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda