Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Gol Messi bawa PSG ke persada liga

    PARIS, 19 SEPT – Lionel Messi menjaringkan gol selepas lima minit ketika Paris Saint-Germain menewaskan Lyon 1-0 untuk merampas semula kedudukan teratas dalam carta Ligue 1 mengatasi Marseille semalam.

    Neymar menjadi watak penting kepada gol bintang Argentina itu dan ia adalah bantuan gol ketujuhnya dalam lapan perlawanan Ligue 1.

    Kemenangan itu menyaksikan PSG dua mata di depan Marseille yang menduduki tempat teratas sebelum ini dengan keputusan seri 1-1 di tempat sendiri menentang Rennes.

    Lorient, yang mencatat kemenangan 3-1 ke atas Auxerre, berada tiga mata di belakang pendahulu.

    Lens jatuh ke tangga keempat selepas terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan di Nantes.

    Aksi Lionel Messi (kiri) berebut mendapatkan bola dengan pemain Lyon, Alexandre Lacazette semasa perlawanan bola sepak Liga Satu Perancis antara Lyon dan Paris Saint Germain di stadium Groupama di Decines, di luar Lyon, Perancis pada 18 September 2022. – AP

    “PSG bermain dengan hebat malam ini, menentang pasukan sukar yang sering memberi ancaman kepada kami,” kata jurulatih PSG Christophe Galtier.

    “Kami menjaringkan gol yang baik dan boleh menjaringkan gol lain.

    “Kami jauh lebih seimbang, Neymar khususnya memberi kami keseimbangan yang amat penting. Walaupun kami kurang bergerak pada separuh masa kedua kami masih mempunyai banyak peluang.”

    PSG beraksi hebat pada separuh masa pertama tetapi tidak menghabisi lawan mereka yang bangun selepas rehat dengan Johann Lepenant masuk menggantikan Corentin Tolisso yang letih.

    Tetapi pasukan Galtier bertahan untuk menyebabkan kekalahan ketiga Lyon musim ini.

    Serangan trio ‘MNM’ milik Galtier sedang melalui prestasi terbaik apabila lapan gol sudah dijaringkan Neymar dalam Ligue, tujuh buat Kylian Mbappe dan empat untuk Messi. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...