Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Gol Modric bantu Real benam Celta

    MADRID, 21 OGOS – Rembatan cantik Luka Modric telah membantu Real Madrid untuk melakar kemenangan 4-1 ke atas Celta Vigo di laman lawan kelmarin, ketika juara bertahan La Liga itu mencatatkan kemenangan kedua pada musim ini.

    Modric melakukan sepakan lencong dari luar petak penalti sebelum separuh masa pertama untuk meletakkan pasukan Carlo Ancelotti di hadapan. Terdahulu Benzema meledak gol untuk Madrid menerusi penalti, namun Iago Aspas menyamakan kedudukan yang juga melalui sepakan penalti.

    Vinicius Junior dan Federico Valverde menambah jaringan pada separuh masa kedua sementara percubaan penalti Eden Hazard pada minit akhir perlawanan berjaya diselamatkan ketika Madrid cuba meneruskan rentak kemenangan susulan membawa mata penuh di Almeria dengan keputusan 2-1 minggu lalu.

    Real Betis dan Osasuna ketika ini turut berkongsi kedudukan teratas dengan mengumpul enam mata.

    Real berada di hadapan pada 15 minit pertama perlawanan di Balaidos, selepas Benzema dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti susulan kesalahan dilakukan oleh pemain tengah Celta, Renato Tapia kerana menyentuh bola.

    Namun, Celta turut diberikan sepakan penalti pada pertengahan perlawanan selepas Eder Militao menghalang tandukan Goncalo Paciencia dengan tangan, penyerang veteran Aspas tidak melakukan sebarang kesilapan ketika membuat sepakan. – AFP

    Reaksi Luka Modric meraikan gol bersama Vinicius semasa melakar kemenangan 4-1 menentang Celta Vigo, 20 Ogos lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...