Tuesday, August 9, 2022
31.2 C
Brunei

Gol penyamaan selamatkan Barcelona

-

FRANKFURT, 8 APRIL – Gol penyamaan pada separuh masa kedua oleh Ferran Torres menyelamatkan Barcelona kelmarin ketika kelab Sepanyol tersebut terikat 1-1 di Eintracht Frankfurt pada pusingan pertama suku akhir Liga Europa.

Frankfurt, yang menyaksikan pertahanan Brazil, Tuta dibuang padang kerana kad kuning kedua, mendahului menerusi Ansgar Knauff yang membuat percubaan jarak jauh menuju bahagian penjuru gawang selepas separuh masa.

Barcelona merasa lega apabila pengadil Srdjan Jovanovic menarik semula keputusannya untuk memberikan penalti apabila kapten Sergio Busquets menjatuhkan Rafael Borre.

Namun, Barcelona kembali bangkit apabila Torres menjaringkan gol selepas bermain dengan baik bersama Frenkie de Jong pada minit ke-66.

“Frankfurt adalah saingan yang sukar, mereka menyukarkan keadaan. Perkara utama ialah kami bersabar dan ganjarannya ialah kami mendapat gol penyamaan.”

Aksi Sergip Busquets dan Rafael Borre bersaing untuk mendapatkan bola semasa perlawanan suku akhir pertama Liga Europa EUFA antara Frankfurt dan Barcelona di Frankfurt, barat Jerman. – AFP

Gol penyamaan yang dihasilkan oleh Torres menjadikan mereka pasukan pilihan untuk perlawanan timbal balik di Camp Nou pada Khamis depan.

“Kami mempamerkan prestasi permainan yang hebat dan tidak membenarkan mereka mempunyai peluang sepanjang 90 minit,” kata penjaring Frankfurt, Knauff.

Suasana gemuruh daripada penonton Frankfurt apabila pengadil memberikan penalti selepas Busquets menjatuhkan Borre pada minit ke-38 ketika penyerang Colombia itu cuba merampas bola yang lepas.

Keputusan penalti tersebut telah dibatalkan selepas semakan VAR, tetapi tuan rumah meneruskan selepas masa rehat.

Barcelona mengeluarkan bola hasil sepakan sudut namun disambut Knauff lalu melepaskan sepakan separuh voli di luar jangkauan penjaga gol Marc-Andre ter Stegen.

Barcelona berhasil menyamakan kedudukan apabila pemain gantian, Ousmane Dembele dan De Jong bergabung sebelum pemain gantian tersebut membantu Torres untuk menjaringkan gol.

Pasukan Frankfurt dikurangkan kepada 10 pemain untuk 12 minit terakhir apabila Tuta dibuang padang kali kedua selepas mencabar pemain pihak lawan, Pedri. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -