Thursday, October 10, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gol pertama CR7 julang Real

    MADRID, 15 Okt – Cristiano Ronaldo menjaringkan gol La Liga pertamanya musim ini ketika perlawanan berbaki lima minit untuk menyelamatkan Real Madrid daripada tercicir dalam pemburuan gelaran dalam satu kemenangan sukar 2-1 di Getafe.

    Real dilihat dalam laluan meraih tiga mata penuh apabila Karim Benzema memberikan pasukan pelawat pendahuluan di separuh masa pertama.

    Namun, jaringan penyamaan Jorge Molina di awal separuh masa kedua dan satu percubaan tersasar Ronaldo menyebabkan juara Eropah itu memerlukan kemenangan lewat.

    Dan Ronaldo menjadi wira dan menebus percubaannya yang tersasar dengan satu penyudah voli ke sudut gawang.

    “Perlawanan berlangsung selama 90 minit dan kami tahu bahawa kami boleh menjaringkan gol pada bila-bila masa,” kata bos Madrid, Zinedine Zidane.

    Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bersedia untuk melepaskan rembatan bagi menjaringkan gol pertamanya dan kemenangan ke atas Getafe dalam aksi La Liga. – AP

    “Sepuluh minit pertama separuh masa kedua memberikan kami masalah, tetapi dengan masa dan sabar, kami tahu bahawa kami boleh menterbalikkan perlawanan dan itulah yang kami telah lakukan.”

    Meskipun tanpa pemain seperti Gareth Bale, Dani Carvajal dan Keylor Navas kerana cedera dan sakit, Zidane membuat tindakan mengejut dengan menempatkan Luka Modric dan Isco di bangku simpanan selepas tugas antarabangsa dan dengan tumpuan pada pertembungan Liga Juara-Juara menentang Tottenham Hotspur.

    Namun, keputusan itu tidak mendatangkan masalah apabila skuad Zidane sekali lagi menghasilkan persembahan hambar di La Liga.

    Real melonjak ke kedudukan kedua terima kasih atas kekalahan 1-0 Sevilla di Atletico Bilbao dalam perlawanan lebih awal, di mana satu-satunya gol Mikel Vesga dijaringkan dua minit sebelum rehat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda