Gol Richarlison cerahkan peluang Everton ke UCL

LIVERPOOL, 2 MAC – Everton meningkatkan harapan mereka untuk merebut kedudukan empat teratas di Liga Perdana Inggeris selepas Richarlison melengkapkan kemenangan 1-0 ke atas Southampton, kelmarin.

Pasukan kendalian Carlo Ancelotti mencatatkan kemenangan pertama dalam enam perlawanan di laman sendiri di liga hasil jaringan awal minit Richarlison.

Kejayaan terakhir Everton di Goodison Park adalah ketika menentang Arsenal sebelum Krismas, tetapi menamatkan tiga kekalahan berturut-turut untuk membawa mereka dua mata di belakang pasukan keempat, West Ham.

The Toffes berada di tangga ketujuh dan mempunyai kelebihan satu mata berbanding West ham, dan Liverpool serta Chelsea, ketika ini berada di hadapan mereka.

Selepas menewaskan Liverpool 2-0 untuk melakar kemenangan pertama dalam seteru derbi di Anfield sejak 1999, Everton calon kukuh untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara dengan menduduki tangga empat teratas.

Aksi Richarlison cuba melepaskan diri daripada kawalan pemain pertahanan Southampton dalam pertemuan yang berlangsung kelmarin.- AP

“Minggu yang sangat baik. Saya hargai kerja berpasukan. Kami memberi tumpuan dari segi pertahanan dan gabungan tepat di bahagian serangan. Persembahan baik dan kami layak menang,” kata Ancelotti.

“Untuk berjuang merebut kedudukan Eropah kami perlu memperbaiki rekod di laman sendiri. Persembahan mampu membantu kami. Ia akan menjadi satu mimpi untuk berada di kedudukan empat teratas pada penghujung musim. Kami begitu hampir.”

Selepas mendahului liga pada November buat kali pertama sejak 1988, Southampton mengalami penurunan dramatik yang membawa mereka tujuh mata dari zon penyingkiran.

Southampton gagal mencatat kemenangan dalam sembilan perlawanan terakhir, tewas lapan kali sejak kemenangan ke atas Liverpool pada Disember.

Ketua jurulatih Saints, Ralph Hasenhuttl berkata, “Hanya setakat mengutip 30 mata tidak mencukupi untuk kekal dalam liga. Kami perlu lebih banyak mata.

“Semasa menyerang, kami kurang mantap. Ini menjadikan kami sukar untuk menang.” – AFP