Tuesday, March 25, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gol Salah pastikan kemaraan Mesir

    PORT-Gentil, 26 Jan – Jaringan Mohamed Salah menerusi sepakan percuma telah memberikan Mesir kemenangan 1-0 ke atas Ghana awal pagi tadi, sekali gus memastikan tempat mereka ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika.

    Juara tujuh kali kejohanan itu memasuki perlawanan di Port-Gentil dengan hanya memerlukan keputusan seri bagi memastikan kemaraan mereka, tetapi kemenangan membolehkan mereka memintas Ghana dan mengungguli Kumpulan D.

    Skuad Hector Cuper yang teratur, belum dibolosi lagi di Gabon, kini kekal di bandar pelabuhan itu bagi pertembungan lapan pasukan terakhir menentang skuad Maghribi kendalian Herve Renard.

    “Ia adalah sukar untuk keluar dan bermain hanya untuk seri. Kami datang untuk menang sejak awal lagi. Saya tidak begitu gembira dengan persembahan tetapi memandangkan pasukan lawan yang kami hadapi, saya berpuas hati,” kata Cuper.

    “Kini kami mempunyai masa untuk bernafas, rehat sekejap, dan kemudian mula memikirkan Maghribi.

    Pemain sayap Mesir, Mohamed Salah (10) ketika menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang menembusi barisan pemain Ghana dalam aksi Kumpulan D di Port-Gentil. - AP
    Pemain sayap Mesir, Mohamed Salah (10) ketika menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang menembusi barisan pemain Ghana dalam aksi Kumpulan D di Port-Gentil. – AP

    “Cita-cita kami sangat tinggi dan kami akan terus berjuang untuk mara dan sampai ke peringkat final.”

    Sementara itu, Ghana akan beraksi di Oyem, utara negara itu bagi pertembungan suku akhir menentang Republik Demokratik Congo.

    “Saya tidak fikir ia penting,” kata jurulatih Ghana, Avram Grant.

    “Saya sudah katakan sebelum ini bahawa kedua pasukan yang mungkin kami temui adalah bagus dan ia pasti perlawanan sukar.

    “Saya harap padang di sana lebih bagus, tetapi saya tidak pasti mengenainya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda