WATFORD, United Kingdom, 2 Mei – Emre Can mengakui sepakan akrobatiknya yang menyelamatkan kemenangan penting 1-0 Liverpool ke atas Watford dalam pertemuan Liga Perdana semalam adalah jaringan terbaiknya.
Pemain antarabangsa Jerman berusia 23 tahun itu yang mengumpulkan jumlah jaringannya kepada lima gol musim ini menghasilkan magisnya pada masa tambahan separuh masa pertama.
Kemenangan tersebut berjaya mengekalkan Liverpool di tangga ketiga dalam carta tetapi dari segi kelayakan Liga Juara-Juara, ia menekan mereka empat mata dari Manchester United yang berada di tangga kelima, yang memiliki satu perlawanan dalam tangan. Hanya pasukan di empat tangga teratas layak menyertai perlawanan perdana Eropah.
“Saya tidak pernah menjaringkan gol seperti itu. Ia adalah gol terbaik yang saya jaringkan,” Can memberitahu Sky Sports.
“Saya melihat ruang dan saya berlari di belakang dan pendapat pertama saya adalah saya mahu menanduknya, kemudian saya tidak memikirkannya.

“Tetapi perkara penting adalah tiga mata selepas tahu apa yang berlaku semalam. Ia perlawanan besar bagi kami.
“Segalanya di tangan kami. Jika kami memenangi tiga perlawanan, kami berada dalam Liga Juara-Juara. Kami merasa yakin. Jika kami beraksi dengan baik, kami boleh melakukannya.”
Pengurus Liverpool Jurgen Klopp yang kagum hanya dapat memberikan istilah jaringan ‘luar biasa’.
“Emre beraksi dengan baik sejak beberapa minggu kebelakangan tetapi dia masih boleh beraksi dengan lebih baik…bagaimana saya tidak memikirkan dia boleh menjaringkan gol lebih baik daripada itu,” Klopp memberitahu Sky Sports. – AFP