Gol Zaha bantu Palace raih kemenangan

LONDON, 17 DIS – Gol penyamaan Wilfried Zaha menaikkan kedudukan Crystal Palace ke tangga kesembilan liga selepas berkongsi satu mata di tempat sendiri bersama Brighton kelmarin dengan kesudahan seri 1-1.

Neal Maupay mendahului dengan menjaringkan gol pertama bagi pihak lawan pada minit ke-54 namun bintang Palace, Zaha menyamakan jaringan solonya selepas 15 minit gol Brighton di Selhurst Park.

Palace kini menduduki di atas Arsenal dalam liga. Zaha berbangga dengan permainan pasukannya dalam perlawanan menentang Brighton tersebut. “Ia merupakan satu permainan yang penting,” jelas Zaha. – AFP