Thursday, January 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Golf Jelajah Asia tarik penyertaan antarabangsa

    KUCHING, 29 Jun – Sekumpulan bintang antarabangsa terdiri daripada lebih 30 juara Jelajah Asia dari 20 negara akan berentap pada Kejohanan Sarawak RM1.21 juta, yang julung kali diadakan pada minggu depan.

    Gaganjeet Bhullar dari India, yang menjuarai lapan kali Jelajah Asia, akan bertarung bersama-sama “2017 Rookie Of The Year” Micah Lauren Shin dari Amerika Syarikat, Xiao Bowwn dari China dan Jazz Janewattananond dari Thailand di Damai Golf and Country Club mulai 4-7 Julai di sini. Turut dalam kumpulan itu ialah bekas pemain nombor satu Jelajah Asia Jeev Milkha dan Jyoti Randhawa dari India manakala cabaran daripada pemain tempatan akan diketuai oleh Nicholas Fung dan Ben Leong, kedua-duanya pemenang Jelajah Asean.

    Pemain dari Thailand Pavit Tangkamolprasert pula akan kembali ke negeri Malaysia itu, yang terletak di Borneo, dengan membawa kenangan manis setelah menang pada Asian Development Tour (ADT) pada 2014.

    Dengan enam kejuaraan ADT yang dimilikinya, Pavit, 29, memegang jumlah kemenangan paling banyak dalam sirkit pertengahan di rantau ini namun matlamat beliau untuk minggu depan ialah merebut kejuaraan kali keduanya dalam Jelajah Asia pada Kejohanan Sarawak. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda