LOS ANGELES, 15 Jan – Patton Kizzire melakukan par pada lubang keenam play-off pada pagi tadi untuk mengalahkan James Hahn sekali gus merangkul kejuaraan kedua dalam Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS) musim ini pada Terbuka Sony di Hawaii.
Lubang keenam play-off itu melengkapkan hari yang mana Kizzire perlu untuk bersabar di Waialae di Honolulu.
Pemain AS itu membenam par pada sembilan lubang pertama sebelum eagle pada lubang ke-10 membantunya berkongsi sebagai pendahulu. Selepas satu lagi birdie dan satu bogey dia menamatkan aksi dengan 68 bagi 17 bawah par 263 keseluruhan.
Hahn sudah berada di rumah kelab dengan 17 bawah par selepas catatan mengagumkan 62 pada pusingan akhir dan mereka memerlukan setengah dozen lubang lagi sebelum pemenangnya diketahui.
“Ia tidak semestinya bagus tapi seronok untuk berakhir sebagai pemenang,” kata Kizzire.”James bertindak hebat pada pusingannya hari ini.”
Kizzire, yang menang di Mayakoba di Mexico pada November lalu, muncul pemenang pertama memenangi dua kejuaraan dalam jelajah itu bagi musim 2017-18 apabila dia menamatkan cabaran Hahn di lubang ke-17 par-tiga.
Kizzier telah terkeluar dari green, 22 kaki dari lubang dan Hahn menjauhkan jarak permukaan. “Ia play-off maraton,” ujar Kizzire.
“Saya berharap dapat melakukan eagle pada lubang pertama play-off tapi ia berakhir dengan pantas dan saya terfikir untuk menggunakan peluang sebaik mungkin,” tambahnya. – AFP