Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Golf, sukan untuk semua

    KUALA LUMPUR, 5 JUN – Atlet golf Malaysia yang membantu menyumbang emas untuk Malaysia pada Sukan SEA baru-baru ini, K Rhaasrikanesh menyanggah persepsi bahawa golf hanyalah sukan untuk orang kaya.

    Malah, beliau yang lebih dikenali sebagai Rush, percaya golf boleh dinikmati oleh semua yang berminat dengan sukan tersebut tanpa perlu lagi membeli satu set lengkap peralatan untuk mencubanya. “Terdapat kayu golf yang boleh disewa di kebanyakan lapangan sasar dan kelab golf untuk orang ramai mencubanya dan bermain sukan itu,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi. 

    Ditanya tentang bila beliau mula berkecimpung dalam sukan tersebut, pemuda berusia 21 tahun itu berkata beliau mula bermain golf seawal usia enam tahun dan menyertai pertandingan sejak berumur sembilan tahun. Melihat minat Rhaasrikanesh terhadap sukan berkenaan, bapa saudaranya R Mahathevan membelikan set golf pertamanya dan bersama bapanya mereka mendaftarkan beliau dalam satu program junior di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah (KGSAAS). 

    Bakatnya dikesan oleh Persatuan Golf Malaysia (MGA) ketika beliau bermain di Heron Lake Golf Club di Vinh Phuc, Vietnam pada 2019. Rhaasrikanesh berjaya disenaraikan untuk temasya tersebut selepas beliau meraih tempat keempat dalam acara individu pada Kejohanan Golf Berpasukan Amatur Asia Tenggara dan memperoleh gangsa menerusi acara berpasukan pada Kejohanan Berpasukan Asia Tenggara (Piala Putra) 2019. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...