Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Golongan kurang bernasib baik terus dipeduli

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Sebagai usaha untuk terus memberi keprihatinan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan, Bahagian Rancangan Radio, Radio Televisyen Brunei (RTB) meneruskan lagi pelaksanaan Projek Jalinan Kasih ke-15.

    Pelancaran Projek Jalinan Kasih ke-15 telah berlangsung di Hotel Radisson, Bandar Seri Begawan, hari ini di mana hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan ialah Pemangku Pengarah RTB, Haji Azman bin Haji Abdul Rahim.

    Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan serta kakitangan RTB dan para penyumbang.
    Pada 2023, lapan buah syarikat tempatan ikut serta memberikan sumbangan kepada para penerima.

    Syarikat-syarikat berkenaan ialah Bahagia Distributors Sdn Bhd (TGT, BMC, Pearl Cafe), Hamitan Group, McDonald’s Brunei (Makan Ceria Sdn Bhd), Hotel Radisson, Hotel Stoneville Temburong, Sim Kim Huat Trading Co Sdn Bhd, Bank Islam Brunei Darussalam, Al Hayaah Enterprise dan Brusin Trading Company Sdn Bhd.

    Projek Jalinan Kasih merupakan projek tanggungjawab sosial RTB dalam sama-sama mendukung hasrat kerajaan bagi mewujudkan kehidupan bermasyarakat yang penyayang dan prihatin kepada golongan yang kurang bernasib baik serta memerlukan bantuan.

    Ia disasarkan kepada beberapa golongan yang berhak menerima bantuan antara lain warga emas, anak-anak yatim, golongan mualaf dan ibu tunggal.

    Haji Azman bergambar ramai dengan wakil para penyumbang yang menjayakan Projek Jalinan Kasih ke-15. – Gambar serahan RTB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...