Golongan muda Iraq berusaha keras cari hiburan

BAGHDAD – Boleh keluar rumah dan tidak ada tempat untuk dikunjungi, ramai orang muda Iraq di Baghdad berusaha keras untuk mengikuti perkembangan semasa, walaupun mereka mengakui negara mereka mungkin tidak memiliki masa depan.

Sebagai contoh Mohammed yang bermalam di kafe dengan dua orang rakannya. Mohammed adalah seorang pemain gitar, di mana rakannya menyukai lagu-lagunya, walaupun ibunya tidak. Dan sekurang-kurangnya dia mempunyai espresso.

Di Baghdad ‘tempat untuk orang muda adalah sangat terhad untuk’ kunjungi, dan dia merasa terkongkong oleh masyarakat Iraq yang ‘konservatif’, katanya. Dan kemudian berlakunya penularan COVID-19 dan politik di Iraq.

“Masyarakat memisahkan lelaki dan perempuan,” kata Mohammed. “Semasa berada di universiti, anda tidak pernah berhubungan dengan wanita, jadi anda tidak tahu bagaimana berkelakuan baik.”

Bagi koronavirus, seperti 95 peratus dari 40 juta orang Iraq, dia belum mendapatkan vaksin. Jumlah jangkitan harian meningkat sekitar 10,000. Mohammed ‘takut terhadap virus’, tetapi seperti kebanyakan orang Iraq yang berkumpul di tempat awam, dia tidak memakai penutup mulut dan hidung.

Pemuda Iraq melakukan aksi menggunakan skuternya di daerah Jadriya di Baghdad. – AFP
Pemuda Iraq menyaksikan orang lain melakukan aksi motosikal dan skuter. – AFP

“Tetapi teman saya sudah mendapatkan vaksin, jadi tidak mengapa,” katanya.
Menyentuh tentang politik, subjek yang dibenci bagi mereka yang menyertai pemberontakan Oktober 2019 yang belum pernah terjadi sebelumnya ter-hadap rasuah dan salah urus.

“Saya ditembak tiga kali” oleh pasukan anti-rusuhan, kata Mohammed, sambil mengangkat kemeja-T untuk menunjukkan bekas luka besar.

Dia merupakan salah seorang daripada 30,000 orang yang cedera dalam tunjuk perasaan itu, di mana hampir 600 orang terbunuh. Sekurang-kurangnya 70 aktivis telah menjadi sasaran pembunuhan atau penculikan oleh kumpulan yang tidak dikenali. Para aktivis percaya ini adalah militan Syiah yang dibiayai dan dikaitkan dengan Iran.

Mohammed mengatakan tidak mungkin dia akan mengundi dalam pilihan raya umum yang dijadualkan pada bulan Oktober.

“Tidak ada masa depan di Iraq,” kata pekerja Bulan Sabit Merah, yang memperoleh pendapatan setara AS$400 setiap bulan. Ahmed berusia 19 tahun mempersetujuinya.

Seminggu sekali, dia dan rakan-rakan bertemu di bawah Jambatan Jadriya di Baghdad, dan kemudian melakukan aksi di jalan de-ngan menggunakan skuter.

Dia menyukai media sosial seperti Tik Tok, dan tidak terlalu memikirkan masa depan. Ahmed ingin menjadi penjawat awam, tetapi berkata, “Itu sesuatu yang sukar kerana semuanya melalui sistem ‘wasta’ “ menggunakan pengaruh dan hubungan peribadi untuk maju.

Abangnya yang merupakan seorang lulusan ijazah telah menganggur selama tiga tahun, seperti dua dari setiap lima orang muda Iraq. Fatima yang lebih muda,17, menonjol dalam masyarakat konservatif kerana tidak memakai tudung.

Dia mengenakan tatu di jarinya, memakai alat solek dan mempunyai rambut berwarna merah jambu dan kuning. Pada hujung minggu dia bergaul dengan rakan-rakannya di kafe.
Tetapi ada hadnya. Bar dengan alkohol dan kelab malam “bukan untuk saya, sebagai wanita dan pada usia saya”.

Amer Talib, 26, gemar mengenakan pakaian vintaj seperti pakaian linen putih dan kemeja. Dia berkumpul dengan rakannya pada hujung minggu untuk menangkap gambar. Dia bergaya di luar rumah setinggan di Haifa Street. Pada tahun 2007, ini adalah salah satu garis depan semasa pemberontakan Sunni. – AFP