BEIJING, 28 APRIL – Presiden China, Xi Jinping berkata golongan pekerja mahir adalah tiang seri untuk sektor pembuatan serta penyelidikan dan pembangunan di China.
Justeru, beliau menyeru para pekerja untuk berusaha meningkatkan keupayaan dan kemahiran bagi memenuhi keperluan revolusi sains dan teknologi, serta perubahan perindustrian.
Jelas Xi, dalam perubahan dunia yang kian mencabar, golongan pekerja juga perlu menerapkan revolusi sains dan teknologi untuk menyumbang kepada pembangunan berkualiti tinggi, pelaksanaan strategi melalui pembuatan dan pemodenan dalam usaha memperkukuh negara secara menyeluruh.
Beliau berkata demikian dalam perutusan tahniah dalam Persidangan Pertukaran Inovasi untuk Pertukangan China yang julung kali diadakan di sini semalam menjelang sambutan Hari Pekerja Sedunia pada 1 Mei. – Bernama