Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Golongan remaja perlu dos penggalak seperti orang dewasa

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 APRIL – Bermula Sabtu ini, kanak-kanak berumur 12 hingga 17 tahun yang telah melengkapkan dua dos vaksinasi COVID bolehlah mendapatkan dos penggalak mereka secara tempahan melalui aplikasi BruHealth.

    Keperluan bagi golongan ini untuk mendapatkan dos penggalak sama seperti orang dewasa di mana imuniti menurun setelah beberapa waktu selain negara juga masih lagi berhadapan dengan Omicron yang mudah berjangkit, walaupun jumlah kes menurun tetapi penularan masih ada.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan perkara itu pada sesi soal jawab sidang media hari ini, menekankan kepentingan dan keperluan dos penggalak untuk kanak-kanak berumur 12 hingga 17 tahun.

    Pemberian dos penggalak ini adalah untuk mencegah daripada mengalami gejala yang teruk disebabkan COVID, namun tegas Yang Berhormat Dato, dos penggalak ini bukan sebagai pasport di mana dua dos vaksinasi adalah yang diwajibkan.

    Beliau seterusnya berkata pengambilan dos penggalak ini adalah sangat digalakkan untuk golongan ini dan ia sama seperti bagi golongan dewasa.

    Sehubungan itu, jelas Yang Berhormat Dato, untuk mendapatkan dos penggalak ini syaratnya hendaklah tiga bulan selepas pengambilan dos kedua manakala bagi mereka yang pernah dijangkiti COVID pula, enam minggu selepas dijangkiti COVID.

    “Ibu bapa hendaklah membuat tempahan untuk anak-anak mereka melalui BruHealth bagi mendapatkan slot untuk dos penggalak,” jelasnya.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa memaklumkan mengenai tempahan pemberian dos penggalak bagi remaja, kelmarin.- Gambar oleh Syahmi Hassan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...