Gong Yoo buka akaun Instagram, jumlah pengikut melonjak naik

Pelakon terkenal K-drama Gong Yoo akhirnya membuka akaun Instagram peribadi dengan menggunakan nama (@_gongyoo_official_).

Agensinya, Pengurusan Soop memaklumkan akaun itu dicipta bagi membolehkan pelakon drama Goblin itu berinteraksi dengan peminatnya.

“Kami membuka akaun Instagram rasmi untuk memaparkan kehidupan harian aktor Gong Yoo kepada semua peminatnya,” ujar wakil pengurusan pada Rabu lalu.

Tambahnya, Gong Yoo yang berusia 42 tahun itu, tidak memiliki akaun media sosial lain selain yang dimaklumkan.

“Gong Yoo tidak memiliki media sosial lain dan akaun ini dikelolakan oleh pengurusan, terima kasih,” ujarnya

Sementara itu, Gong Yoo memuat naik foto sotong bagi posting pertamanya empat jam lalu dan foto dari belakang dengan kapsyen ‘I love you’.

Gong Yoo pertama kali membuat akaun Instagram dan ramai peminat menyokong menjadi pengikut di akaunnya itu.