Aktor kacak, Gong Yoo atau nama penuhnya Gong Ji Cheol menggambarkan dirinya sebagai seorang yang pemalu dan bukan seorang lelaki gagah serta hebat seperti yang difikirkan oleh peminat berdasarkan watak yang dimainkannya dalam filem dan drama.
Aktor ini membuat pendedahan mengenai dirinya sewaktu menjadi tetamu dalam rancangan You Quiz On The Block pada November lalu bahawa gambaran peminat terhadapnya sebagai seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri seperti ‘sweet’ dan penyayang sama sekali tidak tepat.
“Saya mempunyai imej penyayang kerana watak yang saya mainkan dalam drama, tetapi saya sedikit lebih cuai daripada apa yang orang fikirkan, jadi saya bukan seperti itu,” dedah Gong Yoo
Aktor drama popular Goblin ini turut mendedahkan bahawa dia bukan individu yang akan membuatkan perasaan mereka menjadi ‘jelas’, sekaligus wanita berkemungkinan tidak akan suka kerana dia bukan seorang yang terlalu penyayang.
“Ya, saya tidak suka terlalu menonjol. Itu personaliti saya,” dedahnya lagi. – Agensi