Thursday, January 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gonggok dengan 1,306 kaki ditemui

    PARIS, 17 DIS – Ahli sains menemui gonggok sebenar pertama di dunia, menurut satu kajian semalam, menyifatkan haiwan tirus panjang dan berbadan segmen dengan 1,306 kaki – lebih daripada mana-mana haiwan lain.

    Serangga dengan ratusan kaki lazimnya dikenali sebagai gonggok, nama yang diterjemahkan sebagai ‘seribu kaki’ – tetapi sehingga sekarang tidak ada satu yang telah ditemui melebihi 750.

    Spesies itu ditemui 60 meter di bawah tanah dalam lubang yang digali di kawasan perlombongan di Barat Australia dan telah digelar Eumillipes persephone.

    “Nama spesies itu datang daripada dewi mitos alam ghaib Greece, Persephone, yang berasal dari permukaan tetapi dibawa ke alam ghaib oleh Hades,” beritahu penulis kajian Paul Marek dari Universiti Teknologi Virginia kepada AFP.

    Haiwan seakan-akan tali itu kurang satu milimeter lebar tetapi 10 sentimeter panjang dan mempunyai ‘kepala berbentuk kon dengan antena besar dan paruh untuk makan,’ menurut kajian.

    Ia juga tidak mempunyai mata dan tidak berwarna, ciri-ciri haiwan yang menghabiskan sepanjang hayat mereka di bawah tanah.

    “Gonggok mengorek lubang dengan menjulurkan badannya justeru menjadikannya lebih kurus untuk membolehkannya memasuki rekahan,” kata Marek.

    “Kaki yang banyak itu menggerakkan badan dan membuka rekahan kecil.”

    Memberi komen mengenai penemuan itu, pakar serangga Andre Nel, yang tidak terbabit dalam penyelidikan itu, menyifatkan serangga baharu itu sebagai luar biasa.

    “Dalam serangga yang menghuni dalam rongga, awda biasanya menemui kaki panjang tirus bukannya badan panjang tirus,” beritahunya kepada AFP. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda