Gonzalez dituduh beri dokumen palsu

PARIS, 16 JULAI – Pemenang pingat perak pejalan kaki Olimpik Mexico, Maria Gonzalez disiasat kerana dituduh memalsukan dokumen yang digunakan dalam rayuannya yang tidak berjaya terhadap larangannya selama empat tahun, kata Unit Integriti Atlet baru-baru ini.

Gonzalez, yang menduduki tempat kedua dalam acara pejalan kaki 20 kilometer di Olimpik Rio 2016, mengajukan rayuan terhadap larangannya di Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan (CAS), dengan mendakwa ujian positif dadah pada Oktober 2018 disebabkan oleh daging yang tercemar.

CAS menolak rayuan itu dan mengatakan Gonzalez, 31 tahun, telah dituduh melakukan pelanggaran kedua kerana mengganggu siasatan, kerana dia menyerahkan dokumen palsu, bukti palsu dan mendapatkan keterangan saksi palsu dalam proses prosiding di hadapan Tribunal Disiplin untuk pelanggaran pertamanya.

Gonzalez, yang juga memenangi pingat perak 20km di Kejuaraan Dunia pada 2017 di London, akan menerima larangan sehingga 2022 kerana pelanggaran doping. – AFP

Gambar fail Maria Guadalupe Gonzalez dari Mexico ketika memenangi pingat perak dalam acara 20km Race Walk Wanita semasa acara atletik di Sukan Olimpik Rio 2016 di Pontal di Rio de Janeiro. – AFP