Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Goo Joon Yeob hubungi semula bekas kekasih lepas 20 tahun berpisah

    Selepas 20 tahun berpisah, akhirnya cinta pelakon Goo Joon Yeob dengan aktres Taiwan iaitu Barbie Hsu bertaut semula. Menerusi laman sosial Instagram, Joon Yeob mengumumkan dia dan kekasih hatinya bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

    Menurut Joon Yeob, cinta mereka kembali bertaut selepas dia menghubungi semula Barbie Hsu sebaik saja mengetahui tentang perceraian kekasihnya itu.

    “Saya bakal berkahwin. Saya akan teruskan cinta yang tidak kesampaian pada 20 tahun lalu dengan wanita yang saya cintai. “Selepas mendengar khabar mengenai perceraiannya, saya dapat nombor telefonnya dari 20 tahun lalu dan terus hubunginya.

    “Nasib baik, dia masih gunakan nombor telefon yang sama, jadi kami dapat berhubung semula.” – Agensi

    Selepas 20 tahun berpisah, akhirnya cinta Goo Joon Yeob dengan Barbie Hsu bertaut semula. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...