Google bantu pemula niaga Vietnam

HANOI, 14 Mac – Google baru-baru ini telah mengumumkan satu program bagi membantu syarikat pemula niaga Vietnam memasuki pasaran di seluruh dunia, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Pemula niga Vietnam ditubuhkan hampir lima tahun dan sehingga kini dana Siri B masih belum diproses untuk melayakkan mereka mendapatkan pakej Google Cloud bernilai AS$20,000 hingga AS$100,000, kata wakil Google.

Syarikat dengan produk berasaskan teknologi digital dan berhasrat mengintai pasaran global boleh mendaftar di laman web g.co/cloudstartups.

Langkah itu bertujuan membantu pemula niaga memulakan perniagaan dengan infrastruktur dan alat yang digunakan Google.

Vietnam adalah antara pusat pemula paling dinamik di dunia dan berteknologi tinggi sekaligus dapat membantu usahawan muda meningkatkan perniagaan mereka.

Negara itu melonjak ke ranking tertinggi dalam tempoh 10 tahun lalu dengan menduduki tempat ke-12 daripada 47 di kalangan 127 negara ekonomi dalam Indeks Inovasi Global 2017.

Di Asia Tenggara Vietnam hanya berada di belakang Singapura dan Malaysia. – Bernama