Google beku pengambilan pekerja

MOSCOW, 24 APRIL – Gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) Google dikatakan sedang  merancang untuk membekukan pengambilan pekerja sepenuh masa dan kontrak baharu, di samping mengurangkan sebahagian bajet pemasaran pada separuh kedua 2020.

Memetik CNBC, langkah itu merupakan tindakan lebih radikal yang diambil pihak syarikat berbanding pelan yang diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Google Sundar Pichai minggu lalu, lapor agensi berita Sputnik.

Pada awal April, Pichai berkata Google akan memotong sebahagian pelaburannya sehingga akhir tahun, di tengah-tengah krisis COVID-19, bermula dengan pengambilan pekerja, tanpa menyebut mengenai pembekuan.

Sementara itu, jurucakap syarikat berkata separuh bajet akan dikurangkan tetapi menafikan mengenai pembekuan pengambilan pekerja. – Bernama