BANDARAYA MEXICO, 19 JUN – Mahkamah di Mexico City pada Jumaat lalu telah mengarahkan Google untuk membayar AS$245 juta kepada seorang peguam Mexico yang berkata gergasi teknologi AS berkenaan telah membenarkan penyebaran blog yang menuduhnya melakukan pengubahan wang haram.
Google berkata ia akan merayu terhadap keputusan itu. “Kami kesal dengan sabitan yang dibuat,” kata Google dalam satu kenyataan ringkas yang diterima oleh AFP, mengesahkan denda 234.25 juta euro.
Google berkata, keputusan itu adalah “sewenang-wenangnya, keterlaluan dan tanpa sebarang asas. Google akan mempertahankan dirinya sehing-ga ke akhirnya.”
Plaintif ialah seorang peguam Mexico, Ulrich Richter Morales, yang menuduh Goggle membenarkan blog disebarkan yang mengaitkannya dalam dakwaan kesalahan pengubahan wang haram, menjaja pengaruh serta pemalsuan dokumen.
Morales berkata dia meminta Goggle untuk memadam blog itu pada 2015. – AFP