SYDNEY, 6 JUN – Mahkamah persekutuan Australia kelmarin memerintahkan Google bagi membayar sebanyak AS$515,000 sebagai ganti rugi kepada seorang ahli politik selepas mendapati dia telah difitnah oleh sebuah rakaman video pelawak yang dihoskan dalam laman YouTube.
John Barilaro ialah timbalan perdana menteri di negeri New South Wales pada 2020, apabila seorang pelawak Australia yang dikenali sebagai friendlyjordies memuat naik beberapa siri video ke YouTube, menuduh ahli politik tersebut melakukan rasuah serta menggunakan loghat Itali mengejek dan mempermainkan latar belakangnya.
Barilaro melabelkan video tersebut sebagai perkauman dan dia merasa kecewa ketika menonton video yang dirakamkan friendlyjordies di hartanah mewah yang dimiliki dan disewakan oleh ahli politik itu di Airbnb semasa di mahkamah.
Peguamnya, Paul Svilans berkata ia adalah satu-satunya kes di mana Google telah disaman kerana memfitnah melalui operasi YouTubenya.
Barilaro tidak akan menyaman jika Google telah memadam video berkenaan seperti yang diminta melalui surat pada Disember tahun itu, katanya. ā AFP/AP