Google, facebook diwajibkan bayar media

BRISBANE, AUSTRALIA, 20 APRIL – Australia akan memaksa Google dan Facebook supaya membayar syarikat media untuk isi kandungan mereka, umum kerajaan hari ini, berjanji akan memimpin dunia untuk memaksa syarikat gergasi teknologi itu berkongsi pendapatan periklanan yang menguntungkan dengan media tradisional.

Ahli perbendaharaan Josh Frydenberg berkata satu kod tatalaku mandatori, yang akan diumumkan pada Julai dan dijadikan undang-undang selepas itu, akan mewajibkan firma di AS membayar balik syarikat media Australia kerana menggunakan berita dan isi kandungan lain.

“Ia mengenai usaha memastikan syarikat teknologi berkenaan bertanggungjawab dan juga memastikan persaingan yang adil,” kata Frydenberg.

Google dan Facebook mempunyai impak yang besar ke atas industri berita Australia, menawan dua pertiga daripada perbelanjaan periklanan dalam talian. Jika Australia berjaya dalam usahanya untuk memastikan aliran pendapatan perikla-nan yang lebih kepada penerbit, ia akan menjadi negara pertama yang berbuat demikian. – AFP