LONDON, 19 MEI – Anak syarikat Google di Rusia merancang memfailkan kemuflisan disebabkan ia tidak mampu membayar gaji kakitangan dan pembekalnya.
Media negeri Rusia melaporkan semalam bahawa subsidiari syarikat teknologi Amerika Syarikat di Rusia, Google LLC, telah menghantar surat niat untuk mengisytiharkan kemuflisan kepada pejabat pendaftar negara, Fedresurs.
Syarikat berkata dalam satu kenyataan bahawa ia memfailkan kemuflisan disebabkan rampasan akaun bank Google Rusia oleh pihak berkuasa Rusia telah menyebabkannya kurang berdaya tahan dan mustahil untuk meneruskan operasi di Rusia, termasuk menggaji dan membayar pekerja Rusia, membayar pembekal dan peniaga, serta menjelaskan hutang.” – AP