Google kemaskini syarat selepas penelitian EU

SAN FRANCISCO, 23 FEB – Google cuba memastikan orang tahu apa yang mereka daftar ketika mereka menggunakan perkhidmatan dalam talian walaupun mereka terpaksa membaca dokumen yang panjang.

Syarikat itu memperbaharui syarat perkhidmatan baru-baru ini, kemaskini terbesar mereka dalam kontrak penggunaan umum sejak 2012 dan sebagai respons kepada dua perintah mahkamah di Eropah.

Tatkala Britain meninggalkan Kesatuan Eropah (EU), Google juga mengumumkan bahawa para pelanggan United Kingdom (UK) akan secara sah menjadi sebahagian daripada operasi utama Amerika Syarikat (AS) berbanding pusat Eropah yang berasingan berpusat di Ireland. Syarikat itu berkata tindakan tersebut tidak akan mengubah bagaimana data pelanggan UK dilindungi atau disimpan. Pegawai UK berkata mereka masih akan mematuhi peraturan privasi EU, yang dipanggil GDPR sekarang.

Google telah mengemaskini dasar-dasarnya dan menaik taraf apa yang dibenarkan dalam perkhidmatannya tatkala pengawasan industri teknologi meningkat di AS dan Eropah. Google, Facebook, Twitter dan syarikat digital lain telah menjadi tumpuan apabila pengawal selia dan pengguna memeriksa sejauh mana syarikat tahu tentang pengguna mereka dan apa yang mereka lakukan dengan maklumat tersebut.

Facebook mengemas kini syarat perkhidmatannya tahun lalu untuk menjelaskan bagaimana ia memperoleh keuntungan daripada data pengguna.

Google mengatakan ia belum mengubah apa-apa yang penting dalam dokumen itu, tetapi menggunakan bahasa biasa untuk menerangkan siapa yang boleh menggunakan produknya dan apa yang boleh dikongsi oleh orang dalam talian.

“Secara umum, kami memberi anda kebenaran untuk menggunakan perkhidmatan kami jika anda bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat ini, yang mencerminkan bagaimana perniagaan Google berfungsi dan bagaimana kami memperolehi wang,” menurut dokumen itu.

Dokumen baharu sekarang mempunyai kira-kira 2,000 perkataan lebih panjang daripada sebelumnya, sebahagiannya disebabkan Google menyertakan senarai definisi dan memperluaskannya untuk melindungi Google Drive dan Chrome. Syarat-syarat baharu berkuatkuasa pada bulan Mac.

Dasar privasi Google adalah berasingan dan dikemaskini pada 2018 selepas Eropah menggubal undang-undang privasi yang meluas. –AP

Bangunan Google di kampus di Mountain View, Calif. Syarikat itu mengemaskini Syarat Perkhidmatannya dan kemaskini terbesar kepada kontrak penggunaan umum sejak 2012 sebagai tindak balas perintah mahkamah di Eropah. -AP