Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Google labur AS$1 bilion untuk akses Internet Afrika

    JOHANNESBURG, 6 OKT – Google menyatakan mereka akan melabur sebanyak AS$1 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang untuk membolehkan akses Internet yang lebih pantas dan murah dan menyokong keusahawanan di Afrika.

    Kebergantungan Internet merupakan satu masalah di Afrika di mana kurang dari satu pertiga daripada 1.3 bilion penduduknya menggunakan sambungan jalur lebar, menurut Bank Dunia.

    Menurut bos Google dan Alphabet, Sundar Pichai, ‘kemajuan besar’ telah dibuat beberapa tahun kebelakangan, tetapi banyak lagi yang perlu diusahakan untuk menjadikan ‘Internet dapat diakses, murah dan berguna untuk semua penduduk Afrika’.

    Pelaburan tersebut akan menyokong perubahan digital dengan memastikan peningkatan hubungan dan akses, menurut dalam kenyataannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda