Google larang iklan politik di Singapura

SINGAPURA, 4 DIS – Google sudah mengenakan larangan iklan politik di Singapura menjelang pilihan raya, menurut sebuah parti pembangkang hari ini, mencetuskan tuduhan bahawa gergasi teknologi itu ‘tunduk’ kepada kerajaan negara kota itu.

Larangan dikenakan di bawah peraturan kontroversi baharu yang bertujuan membanteras maklumat palsu di negara itu yang pengkritik bimbang digunakan untuk mengekang penentangan.

Pilihan raya umum dijangka diadakan dalam masa beberapa bulan lagi dan parti pembangkang yang lemah bergantung pada media sosial untuk memenangi hati pengundi di sebuah negara yang media aliran utamanya disokong oleh kerajaan yang sudah lama memerintah. – AFP