Saturday, December 7, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Google mahu sekat gangguan iklan

    WASHINGTON, 18 Feb – Google memulakan usaha baru untuk menyekat iklan yang mengganggu dalam laman cariannya, Chrome, sebagai sebahagian dari inisiatif yang bertujuan untuk memperbaiki ekosistem pengiklanan di atas talian yang memberikan keuntungan yang banyak.

    Sistem penapisan iklan baru itu digunakan minggu ini untuk mengetepikan mesej pemasaran yang mengganggu seperti pop-ups, iklan video auto-play dan kotak–kotak ‘sticky’ yang tidak boleh dikeluarkan.

    Sistem tersebut dilaksanakan oleh Google dalam kerjasama bersama Coalition for Better Ads, sebuah persatuan yang melibatkan gergasi Internet dan sejumlah media dan rakan pengiklanan.

    Google pada 17 Februari 2018 mengisytiharkan untuk menyekat iklan yang mengganggu dalam laman cariannya, Chrome, sebagai sebahagian usaha baru yang bertujuan untuk memperbaiki ekosistem pengiklanan mereka. – AFP

    “Sementara kebanyakan pengiklanan dalam laman sesawang menghormati pengalaman pengguna, sejak beberapa tahun kami meningkat mendengarkan dari pengguna kami bahawa sebahagian pengiklanan mengganggu,” kata pengurus kejuruteraan Google, Chris Bentzel dalam satu blog yang diposkan menjelang penggunaannya pada Khamis lalu.

    “Chrome akan menangani isu ini dengan mengetepikan iklan dari laman-laman yang tidak mengiktui Better Ads Standards.”

    Sementara usaha Google dijangka akan menghalang hanya sebahagian peratusan iklan, ia bertujuan untuk menghalang pergerakan yang semakin meningkat bagi meletakkan halangan iklan pihak ketiga yang menapis kesemua pengiklanan dan mungkin menjadi ancaman kepada firma-firma yang bergantung ke atas keuntungan secara atas talian. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda